Laman Web Muhammad Fitri Sufian bin Abdullah

30 November 1999


Assalamualaikum. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada keluarga, sanak saudara dan rakan-rakan kerana atas dorongan mereka, akhirnya saya berjaya mencipta laman web ini.

Laman web ini bertujuan membincangkan masalah dalam agama Islam. Kepada sesiapa yang kenal atau tidak kenal saya, saya berharap kamu boleh memberi cadangan supaya laman web ini dapat diperbaiki dan memberi manfaat kepada kamu.

Tajuk perbincangan kita selama 2 minggu ini ialah 'Mengumpat'. Segala pendapat, komen, pengalaman, dan sebagainya boleh dikemukakan kepada saya di alamat berikut :

[email protected]


Mengumpat

Salah 1 sebab daripada 6 sebab yang membolehkan kamu mengumpat adalah seperti berikut :

Ketika berlaku penganiayaan, maka seseorang yang mahu menuduh seseorang hakim sebagai kejam, pengkhianat dan korupsi, orang itu dikira berdosa kerana mengumpat kecuali dia telah dianiayai oleh hakim itu. Jadi, orang itu berhak untuk mengatakan apa saja terhadap si hakim dan dia boleh mengadukan halnya kepada sultan atau pemerintah supaya perkaranya terang kerana dia tidak dapat mengembalikan haknya kecuali mendedahkan segala rahsia hakim yang zalim itu.

Buku rujukan : Hukum Mencarut, Mengumpat dan Mencaci Yang Halal dan Yang Diharamkan      
                       karangan Imam Al Ghazali 

Kepada sesiapa yang ingin mengenali saya dengan lebih lanjut, bolehlah kamu klik pada sambungan di bawah ini.

Biodata